Tuesday, 14 February 2012

UJIAN 1

Assalamualaikum:

Kepada semua pelajar:

UJIAN 1 MATEMATIK akan berlangsung pada 
22 FEBRUARI 2012..

         Selamat Mengulangkaji & Semoga Berjaya!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Posted by: Maliha Kamal

Thursday, 9 February 2012

LATIHAN ALGEBRA - BAHAGIAN 2

Assalamualaikum,


Perhatian kepada semua pelajar SUM 1042, anda dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut dan hantar kepada saya pada 17hb Februari 2012 sebelum jam 5 petang.

Soalan


          1. Ringkaskan setiap pernyataan algebra yang berikut:


a)       4k + 3k
b)            -2b – 3b
c)            11y – 1 – 7y + 4
d)            10w + w2 – 8w2



          2. Ringkaskan setiap pernyataan algebra yang berikut:


                         a)            5ab x 6b
                         b)            20 ÷ 5b
                         c)            4p2qr ÷ 8pq x 3pr
                         d)             ( 12x – 8y ) ¸ 4



Selamat menjawab.


Sekian, terima kasih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Posted by: Maliha Kamal

Thursday, 2 February 2012

OPERASI DALAM ALGEBRA

Assalamualaikum,

Nota seterusnya adalah berkaitan dengan operasi dalam pernyataan Algebra


Operasi tambah dan tolak

Tips:

Wednesday, 1 February 2012

LATIHAN ALGEBRA - BAHAGIAN 1

Assalamualaikum,


Perhatian kepada semua pelajar SUM 1042, anda dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut dan hantar kepada saya pada 8 hb Februari 2012 sebelum jam 5 petang.


Soalan:

1.     Nyatakan bilangan sebutan untuk setiap pernyataan algebra yang berikut:



a)         2x + 1
b)         6p2 + 3q + 3
c)         -x3 + 3x2 – 2x + 7

2.     Kenalpasti anu dan pekali bagi sebutan di bawah:

Sebutan
Anu
Pekali
6.5x


x2


mn


6r






3.     Tentukan samada setiap pernyataan algebra yang berikut adalah sebutan sepunya atau   sebutan tak sepunya:


Sebutan
Sebutan Sepunya
Sebutan Tak Sepunya
7m, -3m


-6p , -6q


4.5x , 3.2xy


p, 4p




Selamat menjawab.

Sekian, terima kasih.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Posted by: Maliha Kamal

Tuesday, 31 January 2012

SENARAI PEMENANG

Assalamualaikum


Berikut adalah senarai nama pemenang bagi Pertandingan Sudoku Banzai 2012:



  1. Farah Syahida bt Zainuddin
  2. Aimee bt Yusoff Hilmy
  3. Nur Fadilah bt Abu Hassan


Tahniah diucapkan kepada para pemenang...
Yang tidak bernasib baik boleh mencuba lagi pada tahun hadapan.. =)





Sekian, terima kasih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Posted by: Maliha Kamal

AKTIVITI DALAM KELAS

Assalamualaikum....

Sebagai seorang guru, penglibatan pelajar sememangnya memainkan peranan penting dalam proses pengajaran & pembelajaran.

Pada Isnin,30/1/2012 satu aktiviti berbentuk permainan telah dijalankan bagi mengelakkan pelajar-pelajar terlelap dibuai mimpi sewaktu dalam kelas.


"REWARD" diberi sebagai pembakar semangat supaya pelajar lebih bersungguh-sungguh untuk melibatkan diri. 



Semangat berbincang !!!

~Keep up the good work guys~

Masing-masing nak markah lebih dalam tugasan..Brav0!!


Link untuk aktiviti permainan di atas:


http://www.funmaths.com/worksheets/downloads/view.htm?ws0085_1.gif
http://www.funmaths.com/worksheets/downloads/view.htm?ws0085_2.gif
http://www.funmaths.com/worksheets/downloads/view.htm?ws0085_3.gif


Selamat mencuba =)...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Posted by: Maliha Kamal

Wednesday, 25 January 2012

KUIZ 2

Assalamualaikum,

Kepada semua pelajar semester 1 SUM 1042 
Kuiz 2 akan diadakan pada 1 Februari 2012 
di dalam kelas masing-masing 

Sila ambil perhatian dan bersedia.


Sekian, terima kasih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Posted by: Maliha Kamal

Wednesday, 18 January 2012

PERTANDINGAN SUDOKU BANZAI 2012

Assalamualaikum,


Unit Matematik Institut Kemahiran MARA Jasin akan mengadakan :

"PERTANDINGAN SUDOKU BANZAI 2012"
Tempat:Dewan Besar IKM Jasin, Melaka
Tarikh: 25 Januari 2012 (Rabu)
Jam: 3-5 petang


Semua pelajar dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut.

Borang penyertaan boleh didapati melalui saya,Cik Ema Maliha bt Mohd Kamal di Bilik Pengajar Pengajian Am,Bangunan Integrasi IKM Jasin.

Hadiah-hadiah yang menarik menanti anda!!! 
Jangan lepaskan peluang ini..


Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan, sila rujuk ke Papan Kenyataan Matematik di Bangunan Integrasi IKM Jasin.

Sekian terima kasih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Posted by: Maliha Kamal

PERNYATAAN ALGEBRA

Assalamualaikum,

Topik pada minggu ke-6 akan membincangkan tentang pengenalan kepada Algebra.
Pernyataan Algebra adalah gabungan antara nombor, abjad dan simbol operasi.
Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan konsep asas dalam Algebra iaitu:
  • anu 
  • pekali 
  • sebutan 
  • sebutan sepunya 
  • sebutan tak sepunya 

Contoh:

x – 3
-4x2 + 5x + 7
 y + 1
xy – x + 5 


Semua pelajar dikehendaki memuat turun nota melalui link di bawah & harus dibawa sewaktu kelas pada minggu ke-6.


http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=MAT&b=JUL&m=4&r=m&i=NOTA


Sebarang pertanyaan boleh terus berjumpa dengan saya Cik Ema Maliha bt Mohd Kamal di Bilik Pengajar Pengajian Am.
Sekian,terima kasih...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Posted by: Maliha Kamal

Tuesday, 17 January 2012

SEJARAH ALGEBRA

Assalamualaikum,


Topik pertama yang akan dibincangkan dalam blog ini adalah Algebra.


Sebelum bermula, berikut adalah serba sedikit sejarah Algebra yang dapat saya kongsikan bersama-sama anda semua:

Monday, 16 January 2012

PENGENALAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi ruang dan kesempatan untuk berkongsi sedikit coretan ilmu berkaitan dengan Matematik.


Objektif utama blog ini diwujudkan adalah untuk:
  1. Membantu pelajar-pelajar terutamanya pelajar di Institut Kemahiran MARA Jasin Melaka dalam subjek Matematik.
  2. Menyampaikan maklumat dan tips berkenaan subjek Matematik.
  3. Berkongsi idea-idea bernas dengan pengajar dan pelajar dalam subjek Matematik.
Diharap blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Sebarang teguran dan penambahbaikan bolehlah di sampaikan terus kepada penulis melalui ruang komen yang disediakan.


Sekian,terima kasih.


~~~~~~~~~ Posted by: Maliha Kamal