Tuesday, 17 January 2012

SEJARAH ALGEBRA

Assalamualaikum,


Topik pertama yang akan dibincangkan dalam blog ini adalah Algebra.


Sebelum bermula, berikut adalah serba sedikit sejarah Algebra yang dapat saya kongsikan bersama-sama anda semua:


  • Perkataan Algebra berasal daripada bahasa Arab “al-jarb” yang bermaksud gabungan, sambungan atau pelengkap.
  • merupakan salah satu cabang Matematik yang berkaitan dengan kajian struktur, hubungan dan kuantiti.
  • digunakan oleh bangsa Babylon yang telah membangunkan sebuah sistem arimetik maju yang dapat membantu mereka membuat perkiraan dengan gaya algebra
  • melibatkan pengunaan rumus dalam mengira penyelesaian untuk mencari nilai yang tidak diketahui bagi berbagai  jenis masalah yang diselesaikan pada hari ini dengan menggunakan persamaan linear.


Al-Khwarizmi - Bapa Algebra

  • Al-Khwarizmi telah dianggap sebagai “Bapa Algebra” kerana penerokaan bidang algebra yang dilakukan oleh beliau member manfaaat kepada seluruh dunia amnya, dan khususnya umat Islam.
  • menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam hukum syariah seperti faraid, perniagaan, pembahagian tanah dan sebagainya




Penyelidikan matematik oleh sarjana Islam adalah berdasarkan tanggungjwab (fardu kifayah) untuk membantu masyarakat, bagaimana pula dengan niat kita semasa menuntut ilmu???



Renung-renungkan & selamat beramal... =)


~~~~~~~~~ Posted by: Maliha Kamal ~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment